Friday, November 20, 2009
Saturday, November 14, 2009
Kek coklat kukus
di sini nk berkongsi satu resepi kek coklat yg selalu dibuat dan rasanya pun sedap..pada tekak sayalah..tp kalau sesiapa nk tahu sedap ke tidak kek ni, silalah buat ye...kalau xnk buat jugak..bolehlah order ngan MEs delight ok??tp kali ni buat dlm cup cake.c n p dr myR.sumber dr rosbiru.thanx rosbiru coz kongsi resepi ngan kita semua.resepi kt bawah ye...
Bahan-bahan ( 1 biji )
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 camca serbuk penaik
Bahan B
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir
1 cawan air suam
Cara-cara
Panaskan air untuk mengukus.
Ayak bahan A. Ketepikan.
Pukul semua bahan B, kecuali air suam sehingga sebati.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. Masukkan air suam.
Tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam tin kek. Tutup dengan suratkhabar (tebal) dan ikat meggunakan tali dengan kedap.
Kukus selama satu jam.