Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

carrot cake

Maaflah gambar tak memuaskan...nk berkongsi resipi carrot cake....

resipi ni saya cnp je dar blog Teratak Ina..harap bolehlah kita berkongsi ilmu di sini ye..thanx pada tuan punya resipi..

kalau nk tgk blognya bolehlah ke http://www.inazarena.blogspot.com/search/label/Kek



Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
  • 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis - x letak
  • Topping/Glazing
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
  • 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
  • 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
UTK TOPPING hana gune resepi zaliana.- sy pun sama gak cam Hana
50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising - hana kurangkan
1 camca teh esen vanilla - hana ganti jus lemon
> pukul semua sebati dan sapukan atas kek.



terimakasih juga pada za :) utnuk glaze yg sedap !!!!!

** thanx ye..keknya mmg sedap!!!cubalah!!

Monday, May 2, 2011

chocolate order and cakes

3pcs fondant cuppies tempahan dr UiTM Machang..maaflah dik akak x ingat nama

temanya...girls got to do what girls like todo ...



ini plak tempahan chocolate dr k.na PTPL untuk bithday anak lelakinya..jenuh jugak pikir utema untuk boys..akhirnya siap gak..thanx k.na..kiranya regular customer nih..lain kali tempah lagi ye...

40pcs lollichoc tema budak lelaki....

ini plak sample bunga rose lollichoc..sesuai untuk buat hantaran..berminat???call ye...


tempahan dari emi UiTM Machang untuk temannya..nk tema bola...

peminat liverpool ni...


kek CMC ni tempahan dari k.Ma JPJ Panji untuk makan2..thanx k.Ma..nanti tempah lagi ye..

takde tema..so buat deco simple je laaa..

topping ganache....

Tuesday, March 29, 2011

Kek Alunan Kasih


kek alunan kasih

Kek ni dh lama dlam almari resipi...terima kasih kepada yg sudi berkongsi resipi kek ni.Saja je nk berkongsi resipi kek ni kat sini..dah lapuk pun kan...takpelah...Copy Paste je dari MyResipi.tapi sebenarnya kek ni ni tengok dlm blog kawan2.teringin nak buat dan hasilnya...oklah...nampak jugaklah alunannya tu walaupun tak secantik kawan2 yg lain.resipinya simple je..tp masa nak melapis tu yg challenging skit.


.Bahan-bahan ( 20 orang ) loyang saiz 8 inci...


5 Biji Telur

2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)

3 sudu kecil baking powder

½ cwn susu cair

1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

*Serbuk koko (secukupnya)

*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)

1 1/2 cwn planta @ 1 buku buttercup 250gm

Cara-cara 1.Pukul planta dan gula smpai kembang
2.Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3.Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit 
4.Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau
5.Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
6.masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
7.Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
 
**walaupun resipi ni dh lama..tp nk kongsi gak ket sini...

Thursday, March 24, 2011

post t'tangguh

tempahan dari dr. adibah USM, k.Yong USM,dan K.linda dari USM juga..thanx bebanyak coz sudi tempah ngan kami..maaflah baru post...

kek lapis rempah
butter cake +ganache filling & topping + fondant deco



400pcs plain cuppies untuk doorgift

close-up plain cuppies


cheesecake + blueberry topping



20pcs praline chocolate
35pcs chocolate untuk hantaran

pelbagai warna chocolate mengikut tema majlis anda

Sunday, February 6, 2011

my first pillow cake

kek hantaran berbentuk bantal dr pihak perempuan kepada lelaki.tahniah gg..selamat pengantin baru..

Saturday, January 15, 2011

aktiviti sepanjang minggu ini



sponge cake
buttercream
500gm

pneapple paradise
sponge cake
fresh cream
1.2kg



tempahan coklat

terima kasih kepada semua

Thursday, January 6, 2011

Tuesday, July 27, 2010

happy birthday fatimah!!





sponge cake 8"
fresh cream + white chocolate plastic + chocolate plastic + pipping jelly


Saturday, July 3, 2010

fresh cream cake


kek ni saja je buat tuk mkn2....tp kalau sesape berminat nk tempah bolehlah..

sponge cake (chocolate/ vanilla)
filling fresh cream
topped ganache
-+ 1.8 kg

Saturday, January 23, 2010

My 1st castle cake

salam semua...ini adalah tempahan dr Pn. Syarifah Ayu untuk birthday party anaknya.nk tema princess castle..jadi inilah hasilnya...thanx K.Ayu coz bg kepercayaan pd kami untuk menghasilkan kek ini...





kotak untuk isi kek..
saize 14' X 15' X 13'
pandangan dr sisi kanan kek


close-up dr tingkat kedua istana



close-up dr sisi kiri kek


pandangan atas kek ( sorry..x boleh rotate)


pandangan tepi kanan kek


pandangan belakang kek


pandangan tepi kiri kek


pandangan hadapan kek
butter cake size 7" square + 6" round
filling strawberi buttercream
fondant
7kg++



harap K.Ayu puas hati ye...
testimoni : lawanya kek E...k.yu mmg puas hati..tersangat puas hati..keknya pun sedap..terima kasih bebanyak
terharu betul..walaupun kek tu ade tiangnya nmpk senget..k.yu ttp puas hati ngan kerja kami...harap lain kali kasilah asingment yg mencabar lg ye...






.